MEH SINI MAIN KLIK2..

WAJIB DI INGAT....

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday 2 March 2012

MINAT BARU HAKEEM

Lilypie Fourth Birthday tickers

Kalau dulu Hakeem ni minat menulis daripada mewarna,
La ni dh terbalik dah.........asyik nk mewarna jek
pantang nmpk gambar sume die nk warna


Tangan Hakeem pn nmpknye dah lembut nk mengawal pensil warna tu..
dh pandai warna tanpa keluar dari garisan.
klu ada pun skit2 la
tapi bab pemilihan warna xleh org tunjuk eh...
sume nk ikut kehendak die
sesuka hati die nk warna apa

taraaa.......
ni la hasilnya...walaupun xberapa nk cantik
okla kan...umur pn baru 3thn lebih
ni pun dh cukup lawa la nih

:: klu ibu yg judge ni, tentu2 dpt 3 bintang kan.. hehehe

ni yg Hakeem warna petang tadi
masa rehat solat Jumaat
ibu nyenyak tido, die sibuk mewarna
taw2 je dh siap dah..

ni yang beberapa minggu lepas
# budak ini sgt taksub dgn otomen...

Friday 2 September 2011

RAYA SAKAN 2011


mood pagi raye......
sgtlah ceria dan gumbira..
Hakeem pon masih mood sporting lagi nk bergambar




baby xnak raye lagi...
die syok dok dlm peyoooot..
hehheee..

Cucu-cucu atuk Alim
2 org....sepasang
dh besor dh...masing2 byk ckp n kerenah


sesi salam n  maaf memaafi
ni kat umah abah ku...



muka terkedu Hakeem bile dpt byk duit raye
hehhehe
nk jalan pon slow2 jek..
takut duit jatuh

uwaaa.......lawak nye muka aku
dh la tembam......buat mcm tu lak
(tahan silau matahari la....)


posing ngan adik yg bongsu n adik ipar


sesi bersalam-salaman keluarga belah suami


 femly pompuan belah suami
ni sebahagian je
ada lagi yg xbalik tahun ni


ni femly belah femly aku
sume ade...
yg xde suami adik yg bongsu n arwah mak je

ni sume adik beradik ku..
dh besor2 dah.......



Monday 8 August 2011

SHOPPING RAYE wooo..............

 
ni hah hasil rembatan kami td....
shopping kat area Kluang jek..
pkl 2.30 kami bertolak n shopping sampai ler pkl 6 lebey..

malas nk shopping saat2 akhir n bersesak2 dgn ramai org..
lagi2 bile bawak 'pewot' n c budak Hakeem tu
mmg xlarat la..
ni pon segala urat jadi kejang nih
nk patang pinggang dibuatnye

oh nilai duit zaman skrg ni ....
tersangat la kecik
dgn beberapa brg ni jek kami dh perabih dlm RM600 lebey..
mmg xsedar bile shopping nih...
main ambik jek mana yg berkenan..
tup2 bile bayar------> terkezut dibuatnye..
hehhehehe


 ni baju t-shirt utk c budak Hakeem tu
kali ni beli 3 helai jek
sbb sblm nih dh beli 2 helai
(baju budak2 harganye.............mak aii, kalah baju ayah die..)
baju melayu pakai tahun lepas punye...
still besar n cantik lagi
jimat wooo...hehhehe

 
ni seluar jeans utk Hakeem gak
beli 1 jek
sblm ni dh beli jeans 2 helai
time offer ri tu..
pn same mahal mcm ayah punye

 Sandal utk Hakeem
suka belikan die kasut camni
senang nk pakai,n die pun rasa selesa jek bile berjalan
mmg tiap2 tahun ni la pesen kasut die
pattern je lain skit

 songkok utk Hakeem
tahun lepas punye ari raye pertama dh hilang
maklumla....kepala saiz besar
ada sedara-mara mgkin terambik la tu..
ni saiz 20 1/2 manakala ayah punye plak 20 3/4
xke besOOOOOOoooooor tu kepala die
( tu yg mcm2 idea die nk buat)
hehehe


mainan mmg xleh tinggal
masa gi shopping kat mall pon die asik dok kat area permainan jek
jap2 lari ke sana
xsenang ibu n ayah nk memilih baju
sampaikan ni try baju die pon payah
kena pujuk baik2 ckp klu try baju t ibu belikan mainan
baru die ok
tp pastu mulut asik menyebut je la
 (bola ni beli kat bazar Kluang harga RM10)
okla tu drp dok ngadap mainan yg paling murah pon RM50..
membazir je..

********************************************
tgk...........!!!
shopping kali ni mmg utk Hakeem jek
sume utk die
ibu n ayah xmembeli pon
(tp sempat gak rembat 2 helai jeans ayah + sepasang jubah ibu)
tu pon kelam-kabut sibuk kan anak yg berlari2 kat celah2 baju..
adoyai.......

baju t-shirt ayah xbeli lagi
sume ayah xberkenan
xtaw la camne yg die nak

ibu plak baju lawa2 saiz plak xok
bahu ok..tang pewot plak xok
beli kat bazar xleh nk cuba
so,kena cari la kat butik2 yg adoooo..

yg berkenan...harga plak nk dekat RM200 sepasang
tu baru sehelai
xkan raye nk pakai sehelai baju jek
raye pertama lepas la...
raye ke-2?, ke-3 ?, marhaban?
mana cukup wei
lagi2 masa peknen ni
sume baju xmuat
uish........

Alamatnye.... kena gi shopping sekali lagi la..
plak tu..PM dh bagi duit raye
harus la kan membeli..hehehhe

yg blom beli
*
*
*
- baju t-shirt ayah
-baju ibu
-tudung ibu + butang
- kasut ibu
- sepasang baju adik pompuan + tudung + keronsang
- baju abah
- kelengkapan umah
- kuih raye

adoi............byk nye...

* tp yg penting,  karpet idaman hati gua dh beli ye...
tu hah yg buat background gmbr2 tadi
x kempunan la ye
hehehhe

p/s : korang dh shopping raye blom??
ke tunggu saat2 akhir...??


Friday 22 July 2011

SCAN BABY 4D ~ teruja dibuatnye.......

Lilypie Maternity tickers

Canggihkan zaman sekarang ni..???
dulu nk scan baby cuma boleh 3D je..
Gmbr pon hitam putih je
la ni..........4D taw
dh la berwarna.........nmpk terang plak tu
siap boleh print muka baby lagi
harga pon xla mahal sgt

kat cni yg 3D - RM 30 + sekeping gmbr
la ni..
4D - RM 30 + RM 3 (utk sekeping gmbr)
berbaloi kan???
same je rege nye...

Inilah hasilnye...scan kat Kluang Speciallist Maternity
Hasil scan semalam :)
Best tol - tp baby malu la...asik tutup muka dgn tangan jek..
Abis doc gonyoh2 perut nih suh baby alihkan tangan...
die xmau gak..
sikit je alih..ayoyo..

Tarikh : 21 Julai 2011 / 31w
Jantina : **** mybe
Doc kata:
uri : kat atas
berat baby: 1.6kg
air ketuban : cukup
dengupan jantung : sgt baik

(suh en somi rakam ~ die dok ternganga je bile tgk baby gerak2) aduss...
beriya-iya bini die settingkan perakam hset...
tp xrakam pon
 
nanti bulan depan nk gi scan lagi la...nk wat koleksi gmbr baby dlm pewot...
nk simpan dlm album
n bagi die tgk bile dh besor nanti..
Best kan????

Friday 1 July 2011

JIMMY TIDAK AKAN CERAIKAN ISTERI

KUNJUNGAN Kosmo! ke kediaman keluarga mertua Jimmy Shanley untuk merakamkan gambar-gambar anak sulungnya Zahrah Shanley yang ketika itu baru berusia lima hari disambut baik oleh Jimmy, isterinya Nursuhaila Eliani, 25, dan juga keluarga mertuanya meskipun kemelut rumah tangga mereka masih belum berakhir.
Ketepikan semua sengketa, kini, dengan kelahiran puteri sulung buat Jimmy dan Suhaila dan cucu ketiga dalam keluarga Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kasim pada 24 Jun lalu secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh, semua pihak cuba memberi yang terbaik kerana tidak mahu Zahrah yang masih belum mengerti apa-apa menerima kesannya.
“Pertama kali saya dukung Zahrah, satu perasaan yang tidak pernah saya rasa muncul dalam diri. Saya menangis dan gembira dalam masa yang saya, satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan.
“Selepas kelahiran Zahrah saya ketepikan segala ego hanya untuk memberi kehidupan yang sempurna buatnya.
“Dia perlukan ibunya dan saya sebagai ayahnya, saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dan tidak berlaku adil kepada anak saya. Biarlah saya bahagia menjadi seorang bapa kalau saya tidak dapat bahagia menjadi seorang suami. Tetapi dengan kelahiran Zahrah, saya mengharapkan hubungan kami pulih seperti dulu,” ucap Jimmy.
Bergilir-gilir jaga anak
Jimmy yang sebelum ini tinggal berasingan sejak isterinya hamil kini telah kembali ke rumah ibu mertuanya semata-mata mahu menjaga sendiri Zahrah.
“Saya sudah dua hari tidur di sini bersama Zahrah, saya dan ibunya bergilir-gilir menjaganya siang dan malam. Sebelah malam, Zahrah akan tidur dengan saya dan saya menikmati momen terpaksa berjaga tengah malam untuk beri anak susu dan salin lampin.
“Zahrah tidak banyak meragam, dia hanya akan merengek bila nak susu dan salin lampin, selebihnya dia akan tidur. Dia memang anak yang baik,” ujar Jimmy sambil tersenyum bangga dengan puteri sulungnya.
Jelas Jimmy lagi, disebabkan ketika isterinya hamil dia tidak dapat mengikuti sebarang perkembangan Zahrah, dia nekad untuk bekerja hanya pada hari Ahad di Gala TV, Astro Awani selama satu jam selebihnya, Jimmy akan berada di rumah menjaga Zahrah.
“Selama sembilan bulan Zahrah di dalam perut ibunya, kami langsung tidak bersua, hasrat saya untuk mengambil gambar perut ibunya membesar setiap bulan juga tidak kesampaian. Jadi, apabila Zahrah lahir saya mahu berada di sisinya setiap masa dan merakamkan perkembangannya.
“Kalau boleh saya tidak mahu ketinggalan dan tidak sabar menantinya menyebut perkataan pertama, langkah pertamanya dan macam-macam lagi.
“Saya besyukur dan berterima kasih kepada isteri saya kerana melahirkan seorang anak perempuan yang sempurna dan sihat. Saya yakin selepas ini saya akan menjadi lebih kuat untuk mengharungi ujian yang datang,” balasnya.
Walaupun Jimmy dan isterinya masih di dalam krisis, tegas Jimmy, dia tidak sesekali menceraikan isterinya kerana dia sendiri takut akan penceraian setelah menyaksikan sendiri pasangan yang bercerai di depan matanya ketika menghadiri sesi kaunseling di mahkamah syariah.
“Saya tidak pernah memfailkan permohonan untuk bercerai, sebelum ini saya ada ke mahkamah untuk sesi kaunseling dan bila saksikan sendiri satu pasangan bercerai, saya rasa sedih. Bila saya sudah ada anak, lagi saya tidak mahu perkara itu berlaku pada saya dan isteri.


JIMMY di samping Zahrah dan ibu mertua, Datin Muniroh Kassim.




“Sebelum berkahwin, saya sudah berjanji dengan keluarga mertua untuk menjaga isteri dan bertahan dengan segala ujian yang datang, jadi sudah tanggungjawab saya untuk memastikan kerukunan rumah tangga kami. Keluarga mertua tidak berputus asa untuk menjernihkan hubungan kami, kenapa saya perlu berputus asa,” katanya.
Tuturnya lagi, buat masa sekarang, dia tidak mahu menganggu isterinya kerana baru sahaja melahirkan anak, badannya juga masih lemah serta hormonnya masih lagi tidak stabil.
“Biarlah dia berehat, kami sama-sama menjaga Zahrah kerana apa yang penting adalah apa yang terbaik buatnya. Masalah antara kami ditolak ketepi dulu, masing-masing ada kesilapan dan sama-sama perbaiki diri.
“Tanyalah pada mana-mana pasangan yang telah berkahwin, hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya, baru kita lebih mengenali pasangan dan menjadikan saya lebih matang. Baik buruk dia, dia adalah isteri saya, baik buruk saya, saya adalah suaminya, jadi saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami,” Jimmy meluahkan harapannya.
Apabila ditanya, adakah tindakannya sebelum ini yang lantang menyuarakan masalah kepada pihak media memberi kesan kepada hubungannya dan isteri.
Jawab Jimmy, keputusannya untuk memberi kenyataan berhubung masalah rumah tangganya adalah untuk mengelakkan spekulasi yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab menjadi bertambah parah.
“Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai di luar sana. Dalam perkahwinan, kita harus sabar dan tidak mementing diri sendiri, ya memang sebelum kelahiran Zahrah saya ada terfikir untuk mengambilnya dan menjaganya sendiri.
“Tetapi bila lihat wajahnya, saya tidak mahu menjadi seorang bapa yang kejam, memisahkan seorang anak daripada ibunya. Saya harap apa yang berlaku pada saya menjadi iktibar pada orang lain tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
Simbolik nama Zahrah


KASIH bapa. Jimmy amat bersyukur dengan kelahiran zuriat sulungnya ini.




Nama Zahrah yang membawa maksud zahir yang cantik diberi oleh Jimmy. Sebenarnya ia merupakan nama gabungan arwah ibunya Azizah Mohd. Yusof dan ibu mertuanya Muniroh Kasim.
“Memang saya yang pilih nama ini, sebelum itu saya ada berbincang dengan keluarga mertua dan mereka bersetuju dengan nama yang saya pilih. Saya juga merasakan nama Zahrah memang sangat sesuai dengan anak saya,” kata Jimmy lagi.
Meskipun anaknya masih kecil, sudah bermacam-macam perancangan yang dibuat untuk puteri kesayangannya itu.
“Saya mahu dia bersekolah di sekolah kebangsaan bukannya sekolah swasta kerana saya mempunyai zaman persekolahan yang hebat, jadi saya mahu anak saya turut merasainya. Kalau boleh saya juga mahu dia menjadi seorang atlet tenis kerana di Malaysia kita belum ada atlet tenis yang benar-benar bersinar.
“Harapan saya, selain dia menjadi pengikat kasih saya dan isteri, saya mengharapkan Zahrah menjadi anak yang solehah kerana anak yang akan mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak,” jawabnya yang inginkan anak seramai lima orang termasuk anak kembar.
Ibu mertuanya yang turut meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran Zahrah dalam masa yang sama gagal mengawal air matanya apabila mengenangkan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh anak bongsunya dan menantunya itu.
“Saya gembira sangat bila lihat Zahrah lahir, tidak tahu nak cakap macam mana. Saya harap dengan adanya Zahrah hubungan mereka suami isteri akan kembali pulih. Sepanjang hidup saya, inilah masalah dan dugaan yang terbesar pernah saya hadapi.
“Sebagai ibu dan nenek, saya ingin yang terbaik buat mereka, kita cuba pelbagai cara, tunaikan umrah dan apa yang boleh saya lakukan adalah mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat,” kata Muniroh.

Sumber : Akhbar KOSMO ~ 01 Julai 2011

rembatan hasil shopping aritu

semalam balik keje ambik Hakeem terus gi dating berdua ngan Hakeem kat Kluang
Abis sume Shopping Mall kami ronda
sampai je cna ajak dulu Hakeem makan Kipci ---versi Hakeem (KFC)
hehehehe
kasi perut die kenyang dulu baru senang nk ajak pi jalan

puas jugak la kami meronda sampai ibu membuat 'rembatan' utk membeli

tgk je la apa kami beli ye....
*
*
*

beli baju utk baby..
beli skit2 dulu..........banyak sgt yang berkenan 
sgt geram tgk baju baby girl nih
Aritu scan, doc ckp baby girl
excited sgguh............tapi takut tersalah lak
takut2 dh beli baju baby girl, yang keluar plak baby boy.......
kan haru namanya...

tu la pasal kena beli baju yg dua2 boleh pakai
hujung bulan 7 nanti ada scan lagi..masa tuh baru bleh borong sakan ye baju baby
ni beli ape yg patut utk standby je dulu

barang2 lain tggu scan yang kedua......
bestnye klu dpt baby girl.........baju nye comel2
geram dibuatnye

dress ni utk cousin Hakeem lak....Natrah
geram tgk baju budak2 pompuan nih..
dh anaknye lelaki......sib baik ade anak sedara pompuan
bleh gak beli2 buat lepas geram
baju ni tgh offer.....murah n boleh dibeli la kan...
maklum je la kan.dress budak2 pompuan ni mahal2 mengalahkan baju kita yg dewasa nih


ni utk Hakeem
* selimut
* baju 2 helai
* seluar panjang 2 helai

saje beli skit2 utk persiapan raye..
bulan pose nanti boleh beli lagi...(bajet dari poket ayah plak ye)
hehehehe

yg atas tu selimut utk Hakeem....
wat pakai ari2...
balik umah terus nak guna buat tido
xsabar2.......
walaupon......
bau nye...........mak aaiii...

p/s: utk ayah xde ye...........
utk ayah kena bawa ayah sekali...bior die pilih mane yng berkenan

Wednesday 29 June 2011

ENTRY DH BASI ---> trip to Kelantan - Terengganu

Walaupon Entry ni dah basi, gua tetap nk cite gak..
hehehehe
masa ni kitorg ikut trip gi Kelantan- terengganu
27 - 30 Mei 2011 aritu..

Kami bertolak 27/5 (Jumaat) malam ~ dlm pkl 11 kot bas baru nk jalan
Subuh berhenti jap kat Terengganu.(tp xtaw nama tempatnye)
mandi2 n sarapan ler....

dalam pkl 7pg-----> bertolak terus ke Rantau Panjang, Kelantan.
owh.....perjalanan yang memakan masa berjam2..
jenuh rasanya nk sampai
Hakeem yg mula2 nmpk S.E.G.A.R. bugar tu terus jadi L.A.Y.U.
(dulu pegi xjauh mcm ni.........driver tu ikut jalan jauh kot)

Sampai kat Rantau Panjang tepat-tepat jam 12.00 tengahri
masa ni Hakeem baru je nk terlelap
perut pon dh berkeroncong
Hakeem lagi la meragam xcukup tido
dengan cuaca yang panas terik tu...........uhhh....nk pengsan rasanye

 mula-mula sampai, kami terus cari kedai makan
dh xtahan lapar dah...
makan je la pe yg patut
(Hakeem plak meragam nk dukung)

 nk suh Hakeem dok diam
beli la dulu mainan nih
bagi die khayal n xmerengek time makan nanti

kat warung ni lak....xjual banyak menu
ingat nk makan makanan org Kelantan....xde la plak
so, kami pilih Mi Sup Daging ada Campur Usus 2 ni utk mkn tenghari

**Cik Abg aku xleh nk makan----> byk nor lemak katanye**
Bini die mmg hantu bab sup2 nih.........sume die bedal..hihihi

dh siap makan, kami gi tinjau2 le pe yg patut
mcm2 adoooo.....
tapi kan............harga xmacam 2 tahun lepas masa kami pegi
baju2 MAHAL ler
xleh nk kurang.........kalau kurang pon sama je mcm kita beli kat pasar lambak kat Johor nih
material n design sebijik sama
(dorg pon dh pandai kot...)
taw2 je la bile org berjalan nih dh tentu la bawa byk duit kan???

tapi untuk barang macam toto, cadar, periuk n barang dapur masih lagi murah dr tempat kita nih
Harga pon masih separuh n kualiti lebih baik dari yang ada...
keronsang pon murah2....sampai rambang mata nk beli yang mana

tgk tu..........Hakeem nk berdukung je...
xnak jalan langsung
kesian kat ayah.......depan belakang ada 'barang'

*yg belakang tu ada tempat solat n tempat mandi
kami siap mandi lagi segar2 kan badan..hehehhe

Kami xbeli pape pun
yg ade pn beli makan2, keronsang  n selimut 2 helai
x senang nk membeli....Hakeem nk berdukung je
nk memilih pon xde mood
nk beli xde sape nk pi angkut
Bas plak parking jauh
erm.........ayah Hakeem cakap.."duit wat makan je la..."

ni dh nk jalan balik gi 
PANTAI CAHAYA BULAN
nak makan seafood

tgh tggu org lain yg masih xjumpa jalan pulang
hehehheheh
sume muka penat je...

********************************************
xsnap pn gambar kat PCB
Hakeem makin menjadi2 meragam
makanan dah smpai kat meja............die melalak ntah ape2
terpakse si ayah bawa jalan2 tgk laut jap baru leh makan
adusssssss
anak..anak.....sib baik sorg

***********************************************
xdpat gi Pasar Siti Khadijah
masa dh suntuk



lepas gi PCB...........kitorg terus bertolak ke Terengganu
tido kat hotel berdekatan dengan Pasar Payang
sbb pagi nye kami nk gi pasar Payang lak

ni kat Pasar Payang....
hakeem tetap dgn gaya camtu okey

 mesti korang perasan yang ayah n Hakeem suka pakai baju nih
setiap gmbr mesti pakai baju nih
padahal baju berlambak kat rumah tu
hehehhe

alasan ayah nye:
1- baju tu selesa n warna nye terang
2- Hakeem pon ade gak yg sama corak (kiranye nk sepasang la dgn anak)
3- Hakeem nmpk selesa bile pakai baju nih
4- bile pakai baju sama.....org taw tu anak ayah...hehhahaha

jejelan kat dalam pasar payang lak
tgk2 jek
sume xberkenan
(mood berjalan dh xdo)
huh

ni dh nk jalan gi kat bas
ntah pape je kami beli
1- keronsang
2- petai jeruk
3-makanan nk makan dlm bas

 kat kawasan lapang tmpat bas parking tu ada gak bazar 
tp kami xpegi
dh xlarat nk jalan

belakang tu bas yg kami naik
sementara tggu kengkawan yg lain sampai, kami lepak2 kat taman ni ye....
sambil makan2 n layan Hakeem lari cna cni


 cik abang ku yang control hensem k....
hahahhaha
Hakeem sibuk lari turun naik jmbatan besi tuh
saje bior die lari2
bior die penat......... t senang skit die nk tido dlam bas
klu x, mulut die membebel jek tanye itu ini

ibu pon join skali k..
hehehe

main sorg2 pon jadik
lantak ler org tgk......wat xkisah jek


siap baring2 lagik
  
idea nk tangkap Hakeem suh balik
kekonon ade monyet atas pokok
kahkahkah....
idea ni menjadi------> klu x, makin dikejar makin jauh die larik

bas untuk pusing2 bandar kot
nmpk klasik

Selamat tinggal...............kami nk balik

 posing dulu dlam bas........sementara tggu kengkawan yg lain balik


pasni kami singgah plak ke

*tmpt jual Keropok Lekor 
*Masjid Kristal
*Masjid Terapung

*sume xsnap gmbr.................malas nk bawa kamera gajah tu....

terus balik JB
sampai umah pkl 4pagi
abis bengkak2 kaki den.......